PM ucap takziah kematian Emir Kuwait

89

30 SEPT: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan takziah kepada kerajaan Kuwait dan rakyatnya atas kematian Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Perdana Menteri berkata, dunia kehilangan pemimpin hebat yang telah memberi inspirasi kepada ramai untuk mencapai kemajuan, kemakmuran, keamanan dan kestabilan kepada Kuwait dan negara sekitarnya.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada pemerintah dan rakyat Kuwait atas pemergian Allahyarham Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

“Semoga Allah Yang Maha Berkuasa mengurniakan keberkatan-Nya dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman. Aamiin,” kata Muhyiddin menerusi akaun Facebooknya.

Sheikh Sabah meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Dilaporkan pada 23 Julai lepas, Emir Kuwait itu berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahan yang dilaluinya, baru-baru ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.