7 lagi suspek kes tembak depan sekolah ditahan

182

30 SEPT: Polis menahan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes tembak yang menyebabkan seorang ahli perniagaan, pengawal peribadinya serta tiga pelajar sekolah cedera di Banting, Selangor pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah semua yang ditahan bagi kes tersebut 19 orang.

Menurut beliau, kesemua mereka akan direman selama tujuh hari untuk pihak berkuasa menyiasat mengetahui motif kejadian itu berlaku.

PDRM
Huzir Mohamed menunjukkan gambar suspek, Chong Aik Boon yang masih diburu polis.

“Bagi kes di Banting kita telah melakukan tangkapan terhadap 19 individu dan mereka akan direman selama tujuh hari.

“Hasil siasatan bagi kes ini akan kita beritahu selepas segalanya selesai,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Huzir menambah, polis kini sedang mengesan dua individu yang merupakan saksi bagi kes tembak di Seri Kembangan pada 21 September lalu.

“Bagi kes tersebut, pihak polis telah menahan seramai 10 orang suspek di mana sembilan daripadanya merupakan lelaki manakala seorang lagi perempuan yang merupakan warga asing.

“Kesemua suspek terbabit kini direman bagi membantu siasatan yang dipercayai bersabit dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen (ah long),” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua individu yang dicari itu adalah Loo Lai Ming (Dato Michael) dan Choong Aik Boon ([email protected]).

“Pihak polis mengalu-alukan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat dalam memberi maklumat bagi memburu dua suspek yang masih bebas ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.