Pengaruh jatuh merudum, Anwar semakin cemas

2,238

29 SEPT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam keadaan cemas ekoran pengaruh dan popularitinya lebih-lebih lagi di Sabah semakin merudum.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata, Ahli-Ahli Parlimen dan barisan pimpinan PKR di Sabah lebih ‘mentaati’ dan mengkagumi ketokohan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berbanding Anwar.

Menurut beliau, ketika berkempen dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah, Anwar sendiri terpaksa menyingkatkan kempennya.

BADRUL HISHAM SHAHARIN

“Nama Anwar sendiri di PRN Sabah tidak pernah dihantar untuk memberi kebenaran kepadanya berkempen sehingga ketika dia berkempen di Sabah hari itu terpaksa dihentikan oleh pihak polis.

“Bukan sebab polis berat sebelah namun kerana tidak peroleh kebenaran. Ramai orang yang tak tahu mengenai isu ini tapi dia memang langsung tidak dibenarkan untuk berucap pada kempen di Sabah.

“Ini membuktikan PKR Sabah sudah tidak menghormati beliau dan kemunculan Anwar di PRN Sabah mengikut kata pimpinan di sana tidak menambah sokongan rakyat untuk mengundi PKR,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Badrul Hisham mengulas tentang keputusan PRN Sabah yang menyaksikan PKR hanya mampu menang dua daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Sementara itu, beliau yakin propaganda Anwar kononnya beliau beroleh sokongan majoriti Ahli Parlimen merupakan sandiwara palsu untuk memuaskan nafsu politiknya.

“Anwar ini saya percaya sudah jadi seperti kisah pengembala kambing dengan musang di mana Anwar selepas ini kata-katanya tidak akan dipercayai oleh sesiapa walaupun rakan-rakan dari parti PH.

“DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sendiri ketika pengumuman tidak pernah dibawa berbincang yang menyebabkan ada sebahagian ahli akar umbi mereka yang kecewa dengan tindakan Anwar,” jelasnya.

Sehubungan itu, Badrul Hisham meminta Anwar menghentikan sandiwara palsunya agar Malaysia dapat bergerak ke hadapan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.