82 orang ditahan ingkar arahan PKP

47

29 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah seramai menahan 82 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 75 individu telah dikompaun, enam orang direman dan seorang lagi dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk penjarakan fizikal (46), tidak memakai pelitup muka (23), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (12), serta aktiviti dalam pub/kelab malam (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Berhubung Operasi Benteng semalam, beliau memberitahu, pasukan keselamatan erjaya melakukan tangkapan yang melibatkan seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup.

“Turut berjaya dirampas sebuah bot dan empat buah kenderaan darat,” jelasnya.

Ismail Sabri menambah, sejak 1 Mei hingga semalam, seramai 7,389 individu telah ditahan yang melibatkan 750 tekong, 6,344 PATI dan 295 penyeludup.

Beliau berkata, pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 948 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 933 premis mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan manakala 15 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.