11 negeri catat kes COVID-19

185

29 SEPT: Sebanyak 101 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 97 kes tempatan yang mana 24 daripadanya dilaporkan di luar Sabah melibatkan 10 negeri lagi.

Kes-kes tempatan hari ini turut melaporkan empat kluster baru iaitu masing-masing satu di Selangor dan Johor manakala Sabah dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 15 kes baru dengan sembilan daripadanya saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

Katanya, selain Selangor, kes tempatan baru di Kuala Lumpur, Kedah, Perlis, Perak, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang turut melibatkan saringan pulang dari Sabah.

“Kes import pula mencatatkan emat kes dengan masing-masing satu penularan dari Nigeria, Arab Saudi dan dua kes dari Myanmar.

“Tiga daripada kes import itu dilaporkan di Sarawak dan satu di Selangor,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, Sabah mencatatkan 73 kes baru hari ini dengan yang tertinggi dari kluster Bangau-Bangau dengan 51 kes.

Katanya, dua kluster baru yang dilaporkan di Sabah ialah kluster Jalan Utara dan Jalan Bomba dengan masing-masing tiga dan dua kes.

Selain itu, katanya, turut dikesan satu kes di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) melibatkan pengembara dari Semenanjung.

“Kluster baru lain pula iaitu di Selangor ialah Kluster Benteng PK dengan satu kes manakala satu lagi di Johor ialah kluster Bakawali dengan dua kes,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.