Shafie enggan terima hakikat Warisan kalah

5,376

27 SEPT: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seolah-olah enggan menerima hakikat bahawa partinya gagal menerima mandat untuk membentuk kerajaan negeri semula.

Sebaliknya beliau cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan bahawa Warisan memenangi jumlah kerusi terbesar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu mungkin berangan-angan untuk meneruskan kepercayaan yang diberikan oleh pengundi Sabah walaupun Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan UPKO gagal beroleh majoriti mudah apabila meraih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disertai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 38 kerusi DUN.

“Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab untuk mereka merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang berhormat… untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah… kepercayaan yang diberikan rakyat ini, kita akan teruskan.

“Apa yang saya nak kata ialah satu-satunya parti terbesar (memenangi) ialah parti Warisan,” katanya kepada pemberita awal pagi ini di Rumah Yayasan Sabah di Likas, Sabah.

Sabah

Selama lebih dua tahun Warisan memerintah Sabah, negeri itu mengalami kelembapan ekonomi yang mengakibatkan kadar pengangguran meningkat sehingga menimbulkan keresahan generasi muda.

Kerajaan Warisan juga tidak meneruskan pelaksanaan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang mempunyai kesan positif dalam usaha menjana ekonomi Sabah. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.