Rubin sokong PN, GRS tambah 39 kerusi

1,489

27 SEPT: Calon Bebas yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Rubin Balang menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), sekali gus menambah jumlah kerusi gabungan parti politik itu kepada 18.

Keputusan tepat oleh Rubin itu juga bermakna Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disertai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mempunyai 39 kerusi.

BN memenangi 14 kerusi DUN manakala PBS beroleh tujuh kerusi.

Sokongan Rubin terhadap PN itu dikesan apabila beliau yang pernah menyandang kerusi DUN Kemabong selama lima penggal dari 1994 hingga 2018 di atas tiket UMNO, dilihat menyertai sidang media Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sebuah hotel awal pagi tadi.

Rubin ketika berkata kepada pemberita selepas sidang media itu mengesahkan beliau menyokong PN dan sesiapa sahaja calon yang diketengahkan oleh gabungan parti politik itu sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau menang dengan majoriti 1,012 undi setelah meraih 4,214 undi dengan meninggalkan saingan terdekatnya, calon UPKO, Datuk Dr Lucas Umbul yang menerima 3,202 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.