Pandikar Amin tak putus asa

801

26 SEPT: Biarpun kecundang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak berputus asa untuk bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Umum Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) itu juga mengesahkan partinya akan turut memeriahkan persaingan dalam PRU-15 nanti.

“Saya hanya kalah tipis dengan majoriti 84 kerusi. Kekalahan tipis ini akan menjadi pemangkin kepada perjuangan USNO untuk terus tawakal melangkah dengan misi New Deal – Perundingan Baru.

“USNO akan turut serta dalam PRU-15 nanti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam menyaksikan Pandikar Amin kalah tipis di tangan anak saudaranya iaitu calon muda Perikatan Nasional (PN), Fairuz Renddan.

Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat itu menerima 2,660 undi manakala Fairuz beroleh 2,774 undi.

Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Safian Saludin meraih 1,816 undi manakala tiga calon lain iaitu Datuk Almudin Kaida (780 undi), Padlan Samad – Parti Cinta Sabah (188 undi) dan Roslan Mayahman – Parti Perpaduan Rakyat Sabah (50 undi) masing-masing hilang wang deposit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.