Biar ADUN Sabah tentukan siapa KM

180

26 SEPT: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyerahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menentukan siapa paling layak menjadi Ketua Menteri baharu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kuasa melantik Ketua Menteri Sabah baharu adalah terletak ditangan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin seperti mana termaktub mengikut Perkara 6.3 Perlembagaan Sabah.

Beliau berkata, mengikut Perkara 6 (3) Perlembagaan Sabah bahawa “Ketua Negeri Sabah hendaklah dilantik dalam kalangan seorang ADUN yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Seperti kita tahu GRS mempunyai tiga parti utama iaitu BN, PN dan PBS. Namun secara kebetulan PN memperoleh kerusi paling banyak, jadi lebih baik parti terbanyak diberikan mandat kerajaan runding daripada parti itu.

“Biarlah orang Sabah sendiri menentukan siapakah paling layak jadi Ketua Menteri bukan pemimpin parti yang ada di Kuala Lumpur, tetapi ADUN Sabah sendiri menentukannya,” katanya dalam kenyataan media menerusi laman Facebook miliknya malam ini.

Ahmad Zahid berkata, kemenangan GRS berkenaan membolehkan Sabah kembali gemilang dengan menolak janji tidak dapat ditunaikan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid kemenangan berkenaan adalah satu kemenangan bukan hanya disyukuri malah diterjemahkan dengan pembentukan sebuah kerajaan yang baharu atas semangat GRS di mana secara tidak rasminya calon UMNO/BN menang 15 kerusi dalam PRN kali ini.

“Kita juga mempunyai rakan lain seperti PN (Bersatu), PBS dan STAR jadi kita harus berlapang dada dan berfikiran terbuka demi kepentingan rakyat Sabah.

“Kali ini kita menterjemahkan sepenuhnya autonomi diberikan kepada UMNO dan BN Sabah untuk memilih nama siapakah yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri untuk diperkenan sebagai Ketua Menteri Sabah baharu,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.