Pertanian, makanan dijangka pulih lebih cepat

44

26 SEPT: Usahawan disaran mempunyai perancangan kewangan yang baik dan menggunakan kemudahan moratorium dan pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan dengan bijak.

Dalam kenyataan, Agrobank berkata, usahawan perlu berani meneroka cabang baharu perniagaan agar terus bertahan dalam menghadapi situasi semasa di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 dan pasca moratorium.

Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, pelanggan bank perlu menilai semula aliran tunai syarikat dan komitmen kewangan mereka dan mendapatkan sesi konsultasi daripada pihak bank sekiranya memerlukan penjadualan dan penstrukturan semula selepas tempoh automatik moratorium berakhir pada 30 September ini.

“Ini adalah penting kerana kita tidak mahu melihat pelanggan Agrobank terpaksa menutup perniagaan mereka hanya kerana tempoh getir ini yang bagi saya boleh kita tempuhi bersama. Jika tidak pasti, datang berjumpa dengan pegawai bank untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan,” katanya.

Beliau berkata, sektor pertanian dan agro-makanan diramal ramai pakar akan pulih lebih cepat berbanding sektor lain.

Sehubungan itu, beliau berkata, individu harus bijak merancang perniagaan dan mendapatkan khidmat nasihat kewangan yang sewajarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.