Gelagat Power Rangers mengundi curi tumpuan

113

26 SEPT: Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari bertambah meriah dengan kemunculan seorang individu berpakaian kostum Power Rangers yang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, Penampang.

Kelibat individu berkenaan yang mencuri perhatian orang ramai itu kini tular di beberapa platform laman sosial termasuk perkongsian melalui aplikasi WhatsApp.

Rata-rata netizen di media sosial terhibur dengan gelagat individu tersebut yang ada di antaranya memuji kemungkinan pengundi itu mahu melindungi diri dari terkena COVID-19 yang kini semakin menular di Sabah.

Sabah
Individu berpakaian seperti Power Rangers muncul mengundi dalam PRN Sabah, hari ini.

Terdahulu, setakat jam 2 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 54 peratus penduduk telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi mandat terhadap siapa yang bakal meneraju negeri di bawah bayu itu.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh turut menyeru agar pengudi yang berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab itu di samping mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Proses PRN Sabah akan tamat pada jam 5 petang ini manakala keputusan bakal diumumkan malam ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.