Calon Warisan mengundi pakai PPE

55

26 SEPT: Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob hadir menunaikan tanggungjawab mengundi dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Dr Yusof yang kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari memasukkan kertas undi di khemah khas yang disediakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Mesapol, Sipitang pada jam 9.30 pagi.

Beliau dikuarantin berikutan menjadi seorang daripada kontak rapat kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii yang disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.

Selain Dr Yusof, dua calon lain yang turut sama menjalani kuarantin adalah dua calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Kamarlin Ombi yang bertanding kerusi DUN Lumadan dan Sani Miasin bagi DUN Sindumin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.