Calon BN DUN Pitas sah positif COVID-19

597

26 SEPT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim dilaporkan positif COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan hari ini. 

Perkara itu disahkan beliau sendiri menerusi Facebook miliknya tengahari tadi. 

Justeru itu, Sufian memohon maaf kerana akan menimbulkan kesan kepada mana-mana pihak yang kontak rapat dengannya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi, jentera pilihan raya, rakan dan sanak saudara yang membantu sepanjang kempen.

“Doakan saya diberikan kekuatan untuk berdepan ujian ini dan segera sembuh,” katanya.

Dalam pada itu Sufian turut memohon kontak rapatnya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan saringan kesihatan.

“Maaf atas segala kesulitan. Semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini,” katanya. 

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengambil bahagian berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) turut disahkan positif COVID-19. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.