Siapa yang ramal, guna otak sikit

587

25 SEPT: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan laporan sebuah portal yang menyenaraikan namanya sebagai Menteri Kewangan 2 dalam senarai Kabinet ramalan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak masuk akal.

Ahli Parlimen Pontian itu secara berseloroh berkata, jika ramalan itu berlaku, hari-hari beliau akan bergaduh dengan calon Menteri Kewangan 1, Lim Guan Eng.

“Dia nak cukai jualan dan perkhidmatan, cukai terburuk dalam dunia, kuno, orang senang tipu, tak telus dan regresif.

“Saya pula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cukai terbaik dalam dunia, moden, sukar tipu, telus dan progresif.

“Tak mungkin saya bersama DAP. Siapa yang ramal ini, gunalah otak sikit,” katanya melalui ciapan Twitter, hari ini.

Memang tidak masuk akal.

Semalam, portal yang sama turut menyenaraikan Ahmad sebagai salah seorang daripada 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kononnya menyokong komplot Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selain Ahmad, Ahli-ahli Parlimen BN yang menafikan mereka menyokong Anwar ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.