Ku Nan tolak komplot Anwar jatuhkan kerajaan

114

25 SEPT: Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan terlibat dengan komplot Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah, Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan, beliau tidak terlibat langsung memberi sokongan terhadap perancangan Anwar itu.

Tengku Adnan berkata, tuduhan itu hanyalah angan-angan Anwar dan berharap agar tidak ada pihak yang percaya dengan dakwaannya.

“Saya tetap bersama UMNO, dulu kini selamanya dalam perjuangan sebuah bangsa. Kita dalam UMNO juga telah putuskan ‘no Tun Mahathir, no Anwar and no Dap’, jadi hentikanlah spekulasi ini.

“Hentikan spekulasi, kita teruskan perjuangan menjaga rakyat dan tetap setia bersama Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, sebuah portal mendakwa kononnya seramai 19 Ahli Parlimen BN menyokong komplot jahat yang dirancang Anwar dan beberapa orang daripada mereka mungkin ditawarkan jawatan menteri Kabinet oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Selain Tengku Adnan, Ahli-ahli Parlimen BN lain yang membuat penafian menyokong Anwar ialah Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.