Insiden tembakan depan sekolah, 3 pelajar cedera

609

25 SEPT: Tiga pelajar cedera dipercayai akibat dirempuh sebuah kereta jenis BMW dinaiki dua lelaki yang cuba menyelamatkan diri selepas ditembak suspek menaiki motosikal, dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Datuk di Banting, Selangor tengah hari tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka cedera pada bahagian leher dan kaki serta dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Dua lelaki yang cedera parah akibat ditembak pada dada dan badan pula diberi rawatan kecemasan di Hospital Banting.

Mereka dikatakan ditembak oleh dua suspek yang mengekori dari belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, motif kejadian dipercayai akibat pergaduhan antara dua kumpulan.

“Suspek sedang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

“Motif kejadian dipercayai pergaduhan antara dua kumpulan dan suspek sedang dikenal pasti,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad dalam kenyataan.

Beberapa kenderaan berhampiran lokasi kejadian rosak akibat dirempuh motosikal suspek ketika melarikan diri.

Gambar dan rakaman video tentang insiden itu tular dalam media sosial termasuk Facebook hari ini.

tembak
Salah sebuah kereta yang rosak akibat dirempuh.

Seorang pengguna Facebook, Siti Kamsari berharap kejadian itu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana ia membabitkan nyawa orang awam.

“Mohon doakan agar pelajar yang cedera selamat dan tidak mengalami kecederaan yang parah dan begitu juga keselamatan warga sekolah yang lain,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.