268 kertas siasatan berita palsu COVID-19

51

25 SEPT: Sebanyak 268 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID-19 setakat hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 131 masih dalam siasatan, manakala 35 kes telah didakwa di mahkamah.

“Sebanyak 12 kes diberikan notis amaran, 16 kes dalam proses perbicaraan dan 19 tertuduh telah mengaku bersalah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, pada masa yang sama, sebanyak 373 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Ismail Sabri turut meningatkan orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari WWW.SEBENARNYA.MY untuk menyemak kesahihan berita.

“PDRM dan SKMM akan terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang terlibat tanpa mengira latar belakang,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.