Polis ambil keterangan Mohamaddin selepas PRN

64

24 SEPT: Polis akan merakam keterangan Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan susulan kenyataannya bahawa pencerobohan bersenjata di Lahad Datupada tahun 2013 adalah sandiwara.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses rakaman percakapan ke atas calon Warisan bagi kerusi DUN Segama itu mungkin dilaksanakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Rakaman keterangan itu akan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang berada di Sabah kerana penugasan sempena PRN.

“Keterangannya akan diambil di negeri berkenaan apabila keadaan mengizinkan,” katanya.

Beliau berkata, beberapa saksi lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara.

Mohamaddin sebelum ini meminta maaf tetapi menafikan beliau menghina anggota polis seperti yang cuba diputar belit lawan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.