Pegawai perikanan ditembak mati, mayat dibakar

300

24 SEPT: Seorang pegawai perikanan Korea Selatan mati ditembak sebelum mayatnya dibakar oleh tentera Korea Utara.

Memetik laporan AFP, pembunuhan kejam itu disahkan oleh tentera Korea Selatan.

Mangsa yang berusia 47 tahun menaiki kapal peronda berdekatan sempadan barat kepulauan Yeonpyeong.

Dia dikatakan hilang dari kapal peronda tersebut sebelum ditemukan terdampar di perairan Pyongyang.

Tentera Korea Utara kemudian didakwa menembak mangsa dan membakar mayatnya.

“Kami memberi amaran keras bahawa Korea Utara bertanggungjawab di atas kejadian ini,” kata tentera Korea Selatan.

Sehingga kini, masih belum jelas bagaimana mangsa boleh terdampar di perairan Korea Utara, namun laporan awal mendakwa kasut dipakai mangsa ditemukan dalam kapal peronda terbabit.

Julai lalu, seorang rakyat Korea Utara yang berpaling tadah ke Korea Selatan sejak tiga tahun lalu, menyelinap masuk semula ke negara berkenaan.

Tindakan individu itu menyebabkan Korea Utara terpaksa melaksanakan perintah berkurung di seluruh bandar Kaesong kerana bimbang lelaki itu membawa sekali virus COVID-19.

Komander Tentera Amerika Syarikat (AS) di Korea (USFK), Robert Abrams mendakwa, pihak berkuasa Korea Utara mengeluarkan arahan menembak mati bagi mencegah penularan COVID-19 dari China.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.