Jauh panggang dari api nak terlibat projek Anwar

989

24 SEPT: Seorang lagi wakil rakyat UMNO iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor menafikan terlibat dengan ‘projek’ menubuhkan kerajaan baru diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Ramli menyifatkan laporan sebuah portal berita yang mengaitkan beliau memberi sokongan kepada Anwar bagi membentuk kerajaan baru sebagai ‘jauh panggang dari api’.

“Saya, Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands UMNO, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian.

“JAUH PANGGANG DARI API. Sekian, terima kasih,” kata Ahli Parlimen Cameron Highlands itu.

Hari ini, sebuah portal menyiarkan senarai nama Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menyokong Anwar.

Bagaimanapun, beberapa daripada mereka telah menafiksan sekeras-kerasnya terlibat memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson.

Antara yang menafikan, Ahli Parlimen Padang Terap dan Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.