Geli hati dikait projek Anwar – MP Parit

474

24 SEPT: Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria hari ini menafikan terlibat dengan cadangan penubuhan kerajaan yang diketuai Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Nizar turut menafikan memberi sokongan terhadap pembentukan kerajaan baharu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti senarai nama 19 wakil rakyat UMNO yang tular hari ini.

Menurut beliau, pihaknya langsung tidak tahu menahu sokongan itu dan hanya mengetahui kewujudan senarai berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp pagi tadi.

“Geli hati dan nak ketawa bila melihat nama tersenarai bersama pimpinan yang hebat-hebat, sedangkan saya bukan menteri, tambahan pula memang tak pernah terdetik pun untuk beri sokongan kepada beliau apatah lagi dengan adanya DAP.

“Jadi apa yang boleh saya katakan semua ini cerita karut yang sengaja direka dan nampaknya memang Anwar sedang buat hal lagi,” katanya seperti memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu Mohd Nizar memberitahu agenda dimainkan Presiden PKR itu memberi kesan kepada pergolakan politik antara parti dan kestabilan pentadbiran kerajaan sedia ada.

Tambahnya, lebih baik mandat kepimpinan kerajaan diserahkan kepada rakyat menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya isu sama terus dimainkan.

Semalam, Presiden PKR itu mengumumkan mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan namun tidak mengemukakan bukti bagi menunjukkan beliau mempunyai anga sokongan.

Ini sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya sama aada benar dakwaan Anwar itu dan jika memang benar, siapa yang mengikuti Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sebelum ini Pas dan Gabungan Parti Sarawak menegaskan sokongan mereka pada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.