Anwar tak peduli kesusahan rakyat

179

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tanda beliau sudah melupakan kepentingan rakyat.

Seluruh negara maklum bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Tambahan pula rakyat sedang menghadapi cabaran ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.

Wan Saiful Wan Jan
WAN SAIFUL WAN JAN

Tumpuan kita seharusnya mendoakan kesihatan Yang di-Pertuan Agong dan juga menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Masa kini adalah masa yang amat tidak sesuai untuk mewujudkan apa-apa masalah politik dalam negara.

Tindakan sebegini menunjukkan pihak pembangkang yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong, malahan juga tidak menghiraukan kesusahan rakyat dan kehendak rakyat yang mahukan kestabilan.

Ironinya, tatkala YAB Perdana Menteri mengumumkan bagaimana mahu membantu rakyat, hari yang sama juga dipilih oleh Datuk Seri Anwar untuk menggugat kestabilan negara.

Seluruh Ahli Parlimen dan jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semua peringkat memegang tekad untuk bersama-sama YAB Tan Sri Muhyiddin untuk memberi fokus kepada usaha memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata.

Saya menyeru semua pihak menolak mana-mana ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan mensabotaj usaha pemulihan ekonomi negara demi kepentingan peribadi.

WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan Bersatu

Get real time updates directly on you device, subscribe now.