28 anggota polis dibunuh kejam

301

24 SEPT: Seramai 28 anggota polis dibunuh dengan kejam oleh militan Taliban dalam kejadian di daerah Gizab dalam wilayah Uruzgan di selatan Afghanistan.

Memetik laporan AFP, jurucakap Gabenor Uruzgan, Zelgai Ebadi berkata, anggota-anggota militan Taliban pada mulanya menawarkan peluang untuk pulang jika mereka menyerah diri.

“Namun, selepas mereka menyerahkan senjata, Taliban membunuh mereka semua,” jelasnya.

Ketua pihak berkuasa tempatan, Amir Mohamad Barekzai turut mengesahkan jumlah kematian dan memberitahu, pertempuran masih berlaku.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan sama ada anggota-anggota keselamatan terbabit dibunuh sebelum atau selepas menyerah diri.

Dalam pada itu, jurucakap Taliban, Yusuf Ahmad, menerusi ciapan Twitter menafikan dakwaan terbabit.

“Dakwaan musuh kononnya mereka (anggota keselamatan) dibunuh selepas menyerah diri adalah tidak berasas.

“Mujahidin (pejuang Taliban) berulang kali meminta mereka meletakkan senjata tetapi mereka terus melawan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.