Saya masih PM yang sah – Muhyiddin

269

23 SEPT: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan dakwaan kononnya beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen mengikut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar berhubung pembentukan kerajaan baharu hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. Insya-Allah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen yang mencukupi bagi membentuk gabungan kerajaan baharu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.