Mohamaddin tidak patriotik, perlekeh pejuang negara

88

21 SEPT: Kenyataan kontroversi pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung pencerobohan Lahad Datu menggambarkan beliau seorang yang tidak patriotik dan tidak menghormati pengorbanan anggota keselamatan yang terbunuh dalam insiden berdarah di Tanduo pada 2013.

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata, perbuatan itu menunjukkan Mohamafdin tidak menghormati perasaan waris mangsa dan anggota keselamatan yang terkorban dalam kejadian terbabit.

“Kalau apa yang berlaku adalah wayang dan sandiwara semata-mata tidak mungkin ia akan mengakibatkan begitu banyak nyawa anggota keselamatan dan mangsa yang menjadi korban begitu sahaja.

“Jadi bagi saya kenyataan Mohamaddin memang mengarut dan tiada semangat patriotisme serta kecintaan kepada negara, selain ia adalah sangat teruk,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) DUN Pintasan di sini, hari ini.

FAIRUZ RENDDAN
FAIRUZ RENDDAN

Tidak cukup dengan itu bagi menzahirkan rasa tidak puas hati, Fairuz yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Sabah, sudah mengarahkan ahli-ahli Armada supaya membuat sebanyak mungkin laporan polis terhadap Mohamaddin.

Beliau berkata, laporan polis berkenaan penting bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan menyiasat kenyataan berbau hasutan dikeluarkan oleh Mohamaddin.

“Ini bukan cerita main-main yang boleh dipolitikkan kerana ia membabitkan kedaulatan negara, maruah dan kehormatan anggota keselamatan yang sanggup mengorbankan dirinya demi mempertahankan negeri Sabah,” katanya.

Mohammadin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya era Pakatan Harapan (PH) dilihat membuat dakwaan yang tidak masuk akal itu dalam rakaman video yang tular melalui media sosial.

Dalam satu video tular di media sosial, Mohamaddin seolah-olah memperlekehkan insiden Tanduo semasa semasa berkempen sebagai calon DUN Segama.

Mohamaddin dikatakan menganggap anggota-anggota keselamatan sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.