Mohamaddin hina pasukan keselamatan negara

1,000

21 SEPT: Dakwaan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi kononnya insiden pencerobohan kumpulah pengikut Jamalul Kiram III di Lahad Datu pada 2013 cuma satu sandiwara dianggap penghinaan besar terhadap pasukan keselamatan negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohamaddin yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama menyindir pasukan keselamatan negara apabila menyatakan mereka cuma berperang dengan ayam dan anjing ketika itu.

“Ini ialah penghinaan sangat besar pada pasukan keselamatan kita yang bertarung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan kita – terutamanya kepada keluarga 10 wira dan 6 warga Sabah yang terkorban.

“Seramai 50 orang penceroboh juga maut dalam Ops Daulat masa itu,” katanya dalam hantaran Facebook milik beliau, hari ini.

Mohammadin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya era Pakatan Harapan (PH) dilihat membuat dakwaan yang tidak masuk akal itu dalam rakaman video yang tular melalui media sosial.

Berikut adalah petikan kata-kata beliau ketika berceramah yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia:

“Kamu ingat dahulu PRU yang dia bilang Philippines mau ambil Sabah jadi ada peperangan konon di Tanduo. Datang la jet di Tanduo dibomnya sana kelapa sawit orang. Habis sama kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang ditembak. Ini kenyataan. Habis di Tanduo disuruh kereta kebal masuk pergi kampung-kampung suruh berperang sama ayam. Siapa kawan dia berperang? Tidak ada. Ayam sama anjing di kampung kawan dia berperang.

“Apabila habis pilihan raya sudah tidak ada pulak peperangan itu,” katanya.

Beliau turut menuduh insiden berdarah itu sebagai sandiwara UMNO yang kononnya akan kalah kepada PKR.

“Tetapi apabila ketika itu kononnya UMNO akan kalah pada PKR terus ada perang di Tanduo. Banyak orang mati disebabkan sandiwara itu. Sandiwara bunuh membunuh orang sahaja,” dakwanya.

Satu kenyataan Datuk Mohamaddin Ketapi Calon PRN Sabah N.61 Segama dari Parti Warisanyang biadap dan menghina kepada pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berjuang di Tanduo. Beliau tak fikir langsung perasaan anak bini mangsa yang terkorban? Inikah calon yang nak diangkat menjadi Wakil Rakyat? Lihat video penuh di Page Mohamaddin Ketapi. Link..https://www.facebook.com/MohamaddinKetapiOfficial/videos/333391114755524/#Tolak_Warisan.

Posted by Otai on Ahad, 20 September 2020

Tidak difahami apa motif Mohamaddin berkata demikian kerana insiden berdarah akibat pencerobohan sekumpulan pengikut Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari 2013 memang benar-benar berlaku.

Peristiwa yang berlaku menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara.

Tidak pasti sama ada Mohamaddin mengikuti perkembangan tentang insiden pencerobohan Lahad Datu melalui media massa ketika itu. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.