Bangunan runtuh, 10 mangsa maut

122

21 SEPT: Seramai 10 mangsa disahkan terbunuh dalam kejadian runtuhan bangunan tiga tingkat di Maharashtra, India, hari ini.

Memetik laporan AFP, kejadian kira-kira jam 3.45 pagi tadi berlaku berlaku di kawasan Bhiwandi di daerah Thane dekat bandar kewangan India, Mumbai sekitar 3.45 pagi tadi.

“10 orang terbunuh dan kami menyelamatkan 11 orang setakat ini,” menurut laporan rasmi pihak berkuasa tempatan bandar Thane,” kata pihak berkuasa tempatan Maharashtra.

Lebih 40 petugas kecemasan tiba di lokasi bencana termasuk 30 anggota penyelamat daripada Pasukan Tindakan Bencana Negara (NDRF).

Ketua Pengarah NDRF, Satya Narayan Pradhan melalui ciapan Twitter memberitahu, pasukannya yang dilengkapi dengan peralatan khas dan anjing pengesan sedang berusaha menyelamatkan 20 hingga 25 mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Dilaporkan, sebanyak 20 keluarga mendiami rumah di bangunan yang berusia 40 tahun itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Narendra Modi turut menzahirkan kesedihan berhubung kejadian runtuhan bangunan itu.

“Dukacita dengan kejadian bangunan runtuh di Bhiwandi, Maharashtra. Takziah kepada keluarga yang kematian ahli keluarga. Semoga yang cedera segera sembuh.

“Operasi menyelamat dalam perjalanan dan segala bantuan yang diperlukan akan disediakan kepada mangsa yang terjejas,” katanya melalui ciapan Twitter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.