Portal Mandarin langkah ke belakang – Pemuda UMNO

37

Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius pelancaran portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam bahasa Mandarin dengan alasan untuk memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya.

Inisiatif SPRM ini sama sekali TIDAK BOLEH DITERIMA dan dianggap merendahkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selaku salah sebuah institusi utama yang berperanan menjunjung dan mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan, inisiatif SPRM ini juga jelas BERTENTANGAN dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menyebutkan ‘Bahasa Kebangsaan Hendaklah Digunakan Bagi Maksud Rasmi’. Dalam konteks ini umum mengetahui bahawa Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

asyraf wajdi dusuku

Adalah tidak wajar setelah 63 tahun merdeka, SPRM semacam bergerak ke belakang dan mengandaikan masih ramai tidak faham bahasa Melayu sehingga terpaksa bertindak memperkenalkan portal berbahasa Mandarin.

Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menuntut agar Pihak SPRM dapat mengambil kira suara hati rakyat Malaysia yang rata-rata mahu Kerajaan dan pihak SPRM segera menarik-balik portal SPRM berversi Mandarin.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.