4 pemuda Palestin cedera ditembak tentera Israel

34

20 SEPT: Empat pemuda Palestin cedera akibat tembakan peluru getah dan ramai lagi diserang gas pemedih mata apabila tentera rejim Zionis Israel menyerang perarakan aman mereka di bandar Kafr Qaddum, timur Qalqilya, petang semalam.

Memetik laporan Palestinian Information Center, pegawai tempatan, Murad Shetaiwi berkata, perarakan yang bertujuan membantah normalisasi hubungan beberapa negara Arab dan Israel itu diserang ketika menghampiri sekatan yang didirikan tentera rejim Zionis di jalan besar kampung berkenaan.

Beliau menambah, tentera rejim melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah bertubi-tubi ke arah mereka.

Terdahulu, perarakan yang diadakan pada Jumaat lalu turut diserang oleh tentera rejim Zionis Israel.

Sekatan tersebut menutup laluan rakyat Palestin ke jalan besar yang menghala ke Nablus, pusat ekonomi yang berhampiran dengan mereka.

Tenter rejim Zionis menyekat jalan tersebut selepas kawasan penempatan haram Yahudi di Kedumum diperluaskan pada 2003.

Tindakan itu menyebabkan rakyat Palestin di kawasan berkenaan terpaksa menggunakan laluan lain ke Nablus yang mengambil masa 40 minit, berbanding 15 minit sebelum itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.