Selepas BM dan BI, SPRM lancar pula portal Mandarin

94

18 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu dalam bahasa berkenaan.

SPRM dalam kenyataan berkata, portal itu dilancarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

“Kemudahan terbaru ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda anti rasuah di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” kata kenyataan itu.

Selain dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan, portal SPRM sebelum ini turut boleh dilayari dalam bahasa Inggeris.

Penambahan bahasa Mandarin menjadikan portal SPRM boleh dilayari dalam tiga bahasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.