PM bimbang gelombang ketiga COVID-19

77

18 SEPT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia.

Menurut beliau, perkara itu bukan mustahil berlaku berikutan terdapat beberapa kluster baharu COVID-19 dikesan di Malaysia sekarang terutamanya di Sabah.

Sehubungan itu, Muhyiddin berharap rakyat Malaysia terutamanya di Sabah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan sentiasa mencuci tangan sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin berucap dalam majlis perjumpaan bersama Sahabat AIM di Kudat, Sabah, hari ini.

“Sekiranya kita tidak menjaga SOP termasuk mengamalkan penjarakan fizikal maka tidak mustahil gelombang ketiga COVID-19 akan berlaku dan keadaan akan menjadi lebih buruk lagi.

Saya sendiri tidak terkecuali kena mematuhi SOP dan penjarakan fizikal seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia, malah sendiri pernah di kuarantin selama 14 hari di rumah dan saya tidak keluar dari pagar rumah untuk ke mana-mana pun,” katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kudat, hari ini.

Beliau melahirkan kebimbangan itu kerana terdapat beberapa kluster baharu berlaku di Lahat Datu, Kudat dan Tawau, Sabah ketika ini.

Muhyiddin juga berharap tidak wujud kluster Kudat selepas beliau pulang dari situ.

“Semoga Allah menjauhkan kita dari bala bencana,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.