BNM, BOJ meterai perjanjian swap AS$3 bilion

59

18 SEPT: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Japan memeterai perjanjian Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) kedua yang bernilai sehingga AS$3 bilion bagi kedua-dua negara.

Bank of Japan menyertai perjanjian tersebut bagi pihak Menteri Kewangan Jepun.

Menurut BNM, perjanjian berkenaan membolehkan kedua-dua negara bertukar mata wang masing-masing (yen Jepun dan ringgit) bagi dolar Amerika Syarikat,

bank of japan

“Pengaturan itu akan menyediakan sehingga AS$3 bilion untuk kedua-dua negara,” kata BNM dalam satu kenyataan, hari ini.

BSA itu turut memaparkan kerjasama kewangan dua hala berterusan antara Jepun dan Malaysia yang akan memberi sumbangan dari segi kestabilan pasaran kewangan.

Pada masa yang sama, ia akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan dagangan Malaysia dan Jepun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.