101 individu degil langgar arahan PKP

62

18 SEPT: Seramai 101 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 86 individu telah dikompaun manakala 15 individu direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (26), ingkar perintah PKPD (24), penjarakan fizikal (19), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (13), tangkapan pendatang asing tanpa izin (10), aktiviti dalam pub/kelab malam (6), dan premis beroperasi lebih masa (3),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Sementara itu, seramai 88 pendatang asing tanpa izin, empat tekong dan seorang penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng semalam.

Turut dirampas adalah lapan kenderaan darat.

Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,225 pemeriksaan khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mereka mendapati 1,216 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala sembilan premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.