Rejim Zionis bedil Gaza awal pagi tadi

38

16 SEPT: Rejim Zionis Israel yang sedang dalam proses normalisasi hubungan dengan beberapa negara Arab menunjukkan sikap angkuh dengan membedil Gaza awal pagi tadi.

Memetik laporan AFP, serangan terbaharu rejim disahkan oleh sumber keselamatan Palestin.

Difahamkan, Israel bertindak sedemikian berikutan serangan roket yang dilancarkan dari Gaza yang di bawah kawalan Israel ke negara haram tersebut, semalam.

Sebelum ini, Hamas bersuara lantang mengecam perjanjian normalisasi yang dimeterai antara rejim Zionis Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Pergerakan pembebasan Palestin itu menyifatkan tindakan dua negara Arab terbabit sebagai membelakangi kepentingan Palestin dan perjuangan rakyatnya dalam membebaskan negara mereka daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Perjanjian normalisasi tersebut dimeterai oleh rejim Zionis Israel, UAE dan Bahrain di Rumah Putih, Washington DC hari ini dengan disaksikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Trump turut mengesahkan, rejim Zionis akan memeterai perjanjian sama dengan sembilan negara lain termasuk Arab Saudi.

Hamas turut membantah pelan damai yang ditaja oleh AS yang disifatkan sebagai sangat berat sebelah dengan memberi kelebihan kepada sekutunya rejim Zionis Israel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.