Normalisasi Zionis, UAE, Bahrain abai Palestin

45

15 SEPT: Perjanjian normalisasi hubungan yang dimeterai antara rejim Zionis Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain tidak menjaga kepentingan Palestin.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) dalam satu kenyataan berkata, tiada syarat dalam perjanjian itu yang meminta rejim Zionis menghentikan pembinaan penempatan haram dan rancangan pengilhakan Tebing Barat.

PCOM menambah, selain itu, Israel tidak dihalang daripada terus menduduki Gaza serta diminta membebaskan tahanan Palestin selain menghormatin kesucian Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

“Memulihkan hubungan dengan pihak Israel, tidak menjaga kepentingan rakyat Palestin seperti yang dituntut, sebaliknya, memberi Israel satu lagi peluang untuk menghapuskan perbuatan jenayahnya, yang sudah menjajah lebih banyak tanah serta membunuh lebih ramai orang Palestin,” kata PCOM.

PCOM juga menggesa masyarakat antarabangsa menolak usaha normalisasi hubungan itu kerana ia akan memberi lampu hijau kepada pendudukan rejim Zionis Israel untuk memperluas dasar penjajahan dan pencerobohan ke atas Palestin.

UAE menjalinkan hubungan diplomasi dengan Israel pada 12 Ogos diikuti Bahrain pada 11 September, di bawah perjanjian damai yang diterajui Amerika Syarikat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.