Jefridin dilantik Senator baharu

229

15 SEPT: Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang disaksikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Pemilihan beliau dicadangkan oleh kerajaan negeri Johor dan telah diputuskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kelmarin.

Pemilihan Jefridin diusulkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali menurut Seksyen 1(2) Jadual 7 Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.

Jefridin Atan
Jefridin juga merupakan Setiausaha Sulit dan Pegawai Khas Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jefridin, 52, yang merupakan anak jati Pontian berpengalaman luas dalam bidang politik dan memainkan peranan aktif menyampaikan pelbagai isu kepada agensi kerajaan.

Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit dan Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, jawatan yang disandang sejak 2001.

Beliau juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan termasuk sebagai pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi).

Pelantikan senator berkenaan adalah bagi tempoh sepenggal iaitu tiga tahun. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.