Pas lancar jentera PRN Sabah esok

30

14 SEPT: Pas yang mempunyai cawangan di 20 kawasan di Sabah akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kota Kinabalu, malam esok.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jentera pilihan raya parti itu digerakkan bagi membantu kempen rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Esok saya akan ke Sabah dan pelancaran jentera Pas akan dibuat malam esok di Kota Kinabalu.

“Pas berada di 20 Bahagian di Sabah dan mempunyai kekuatan tenaga kira-kira 2,000 orang,” katanya pada sidang media di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini.

Mengenai kempen di beberapa kawasan yang berlaku pertembungan kerusi, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, ia terserah kepada strategi PN.

“Setiap hari ada mesyuarat PN bagi PRN ini, jadi kita serah kepada strategi (diputuskan mesyuarat PN),” katanya.

Pas yang tidak meletakkan calon pada PRN Sabah mengambil pendirian memberi laluan kepada rakan parti lain yang berhasrat meletak calon di semua 73 kerusi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.