Warisan pecat Jake Nointin tanding Bebas

138

13 SEPT: Parti Warisan Sabah (Warisan) memecat seorang ketua bahagiannya yang bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bekas Ketua Warisan Bahagian Keningau, Datuk Jake Nointin adalah antara seorang daripada tujuh calon yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Beliau menentang calon Warisan, Rasinin Koutis selain Perikatan Nasional (PN), PBS, USNO, LDP dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua dalam satu kenyataan berkata, pemecatan Jake itu selari dengan perlembagaan parti yang melarang ahli bertanding melawan calon parti dalam pilihan raya atau tanpa izin.

Berikutan itu, Basal Bullah telah dilantik sebagai pemangku ketua Warisan Bahagian Keningau.

Semalam, sekutu Warisan, DAP turut memecat ahli yang bertanding di bawah logo yang berbeza.

Julius Favianus yang merupakan ahli DAP Bahagian Liawan diumumkan sebagai calon LDP di DUN Bingkor.

Beliau bertanding menentang calon DAP, Odom @ Peter Dhoms Saili @ Soili, dan PN, PBS, USNO, dan PCS. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.