Warisan banyak tipu rakyat Sabah – Bung Moktar

149

13 SEPT: Rakyat Sabah dinasihatkan supaya jangan termakan janji manis atau tertipu dengan helah yang sering digunakan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) sekali lagi

Sehubungan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan pergi menjelajah ke seluruh negeri untuk menjelaskan pelbagai penipuan dilakukan oleh kerajaan Warisan, sebelum ini.

“Kempen bermula di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Garam, insya-Allah banyak isu yang dijelaskan kepada pengundi, termasuk kegagalan kerajaan Warisan memerintah negeri Sabah.

“Pengundi perlu diberi penjelasan bahawa BN akan memberi tawaran-tawaran baru termasuk memperkasakan bidang pertanian yang selama ini tidak diurus dengan baik oleh kerajaan negeri,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Dalam pada itu, Bung Moktar menjelaskan kerajaan Warisan didakwa cuba bermain wayang lagi dengan mengumpul nama penduduk kampung untuk memohon tanah di Hutan Simpan Long Manis.

“Warisan tahu kawasan ini tidak boleh diluluskan sebab tanah yang dipohon adalah kawasan tadahan hujan dalan hutan simpan kekal kelas 6.

“Cukup-cukuplah Warisan berbohong dengan rakyat, rakyat bukan sangan bodoh! Kita ubah balik sahaja. Tetap BN Radu Tetap Radu,” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar juga mendedahkan bahawa kerajaan negeri dipimpin parti Warisan didapati gagal menyelesaikan masalah mangsa kebakaran yang menyebabkan kemusnahan berpuluh buah rumah di Sabah.

“Cerita sebenar mangsa mangsa kebakaran masih berada dalam kontena, disebabkan kegagalan kerajaan Warisan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Jadi apa yang rakyat boleh banggakan dengan pemerintahan kerajaan Warisan, tidak ada pun, yang ada kesangsaraan rakyat begitu ketara, yang jelas Warisan telah gagal menjadi sebuah pemerintah bagi rakyat Sabah.

“Jom ramai-ramai kita tolak Warisan dan ubah balik kerajaan yang tidak mengutamakan kebajikan rakyat, ekonomi Sabah amat parah dan teruk, tidak pernah berlaku dalam sejarah ekonomi negeri Sabah,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.