Sekatan rejim Zionis tidak mampu tundukkan Gaza

55

13 SEPT: Perancangan jahat rejim Zionis Israel menundukkan Gaza melalui sekatan yang dilakukan tidak akan membuahkan kejayaan.

Hamas menegaskan, penduduk Gaza akan meneruskan penentangan terhadap usaha rejim Zionis untuk menduduki semula wilayah itu.

“Israel berundur dari Gaza kerana tidak sanggup lagi mengalami korban yang lebih besar ekoran serangan dan pertempuran yang dilancarkan oleh gerakan pembebasan Palestin,” kata Hamas dalam kenyataan sempena ulang tahun pengunduran rejim Zionis dari Gaza.

Menurut pergerakan tersebut, rejim Zionis melancarkan tiga peperangan yang sengit untuk menundukkan dan menduduki Gaza semula, namun berdepan tentangan hebat daripada pejuang pembebasan dan rakyat.

“Gaza sentiasa menjadi sebahagian daripada tanah Palestin yang diberkati dan tiada siapa pun yang boleh menewaskan para pejuang dan rakyatnya,” tegas Hamas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.