PN gabungan politik pilihan rakyat

85

13 SEPT: Perikatan Nasional (PN) merupakan gabungan parti politik yang menjadi pilihan rakyat pada masa ini.

Memetik laporan Harakahdaily, wakil PAS Johor, Salehuddin Mohd Dahiran berkata, walaupun PN masih baharu, ia berjaya menarik keyakinan rakyat.

Selain itu, katanya, PN juga mempunyai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) yang masih bertelagah dalam soal tersebut.

“PN sudah menerima calon perdana menteri bagi menghadapi PRU-15 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sedangkan pembangkang masih belum ada calon perdana menteri mereka,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-66 di Kota Bharu, hari ini.

SALEHUDDIN MOHD DAHIRAN

Sementara itu, wakil PAS Pulau Pinang, Nor Azman Ishak berkata, Muafakat Nasional (MN) adalah satu platform yang perlu diperkasakan oleh semua ahli parti.

“Kita perlu faham dan yakin, matlamat kita untuk bermuafakat adalah untuk perpaduan, kalau kita fikir muafakat ini untuk habuan, sudah semestinya akan hilang keikhlasan dan kita akan mula bergaduh, berebut kerusi dan sebagainya,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau harap agar semua parti yang bersekutu di bawah MN agar bersikap ikhlas dan kembali kepada niat asal iaitu bermuafakat untuk penyatuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.