Satu lagi kluster COVID-19 dikesan di Sabah

104

12 SEPT: Sebanyak 58 kes baru COVID-19 dilaporkan dengan 53 penularan tempatan dikesan termasuk 44 dari kluster Benteng LD, di Sabah.

Selain itu, satu kluster baharu iaitu Kluster Laut dikenal pasti dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kunak, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,859) adalah seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

Menurutnya, individu tersebut telah menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga melalui jalan tikus untuk melawat isterinya pada 5 September lalu,

“Isteri kes (iaitu kes ke-9,860) pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan di Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

“Beliau didapati mula bergejala pada 6 September lalu. Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat, dua lagi kes positif COVID-19 dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9,861 dan kes ke-9,862),” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga hari ini, sejumlah 49 disaring dalam kluster itu membabitkan warga Filipina.

“Daripada jumlah ini empat kes dikesan positif COVID-19, 14 individu negatif dan 31 individu masih menunggu keputusan.

“Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan dijalankan di lokasi yang dikenal pasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan,” katanya.

Sebanyak 140 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dalam negara terus meningkat kepada 7,873 kes dengan kadar kesembuhan 92.5 peratus.

Sementara itu, Noor Hisham Abdullah menambah, bagi kes baharu pula sebanyak lapan kes dilaporkan sehingga jam 5 petang hati ini sekali gus menjadi jumlah kumulatif kes sebanyak 9.189 kes.

Menurut beliau, daripada 58 kes baharu, 53 daripadanya membabitkan bukan warganegara dan lima lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Dua kes baharu di Kuala Lumpur membabitkan warganegara yang baharu pulang dari Pakistan dan India dan di Selangor terdapat satu kes import warganegara baharu pulang dari Indonesia dan satu kes import bukan warganegara baharu tiba dari Syria.

“Sementara itu, di Kedah pula melibatkan lima kes warganegara dari Kluster Sungai manakala di Sabah 44 warganegara merupakan kes dari Kluster Benteng LD sementara seorang lagi merupakan seorang warganegara yang melakukan pra pembedahan, “katanya. Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.