Calon termuda BN hadapi saingan 6 penjuru di Tandek

294

12 SEPT: Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yillson Yanggun, 23 tahun, menjadi calon termuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Yillson yang berasal dari Kampung Marak Parak itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dengan kepujian UKM akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.

Biarpun masih baharu dalam arena politik, namun Yillson tidak pernah gentar untuk menentang lima calon lebih senior dan berpengalaman bagi merebut kerusi DUN Tandek.

Malah, Yillson berkata beliau yakin bahawa pencalonannya ini merupakan satu peluang dan batu loncatan baginya membuktikan kredebiliti, kelebihan serta kebolehan belia membarisi kepimpinan demi kemajuan kawasan ditandingi.

“Walaupun masih muda, namun saya tidak menumpukan anak-anak muda sahaja, sebaliknya saya lebih tumpukan pembangunan di kawasan ini khususnya membawa perubahan yang semestinya diimpikan oleh masyarakat di sini,

“Sekiranya diberi peluang, saya akan manfaatkan sepenuhnya dan menumpukan pembangunan fizikal, ekonomi, peluang pekerjaan, kebajikan dan sebagainya demi kesejahteraan dan kemajuan kawasan ini, katanya.

Calon Yillson Yanggun dicadangkan oleh Jadrye Jakiwa dan disokong oleh Lishman Leurince.

Selain BN, kerusi itu turut ditandingi calon Parti Bersatu Sabah (PBS), UPKO, LDP, PCS dan Bebas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.