84 individu ditahan ingkar arahan PKPP

34

12 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 84 individu kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 76 individu dikompaun manakala lapan individu direman

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (28), tidak memakai pelitup muka (22), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (14) dan aktiviti di dalam pub dan kelab malam (20).

“Task Force Operasi Pematuhan juga telah melakukan pemantauan pematuhan SOP Solat Jumaat di 1,787 masjid yang melibatkan 418,009 jemaah di seluruh negara. Kesemua masjid dan jemaah didapati mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ismail memberitahu, seramai empat tekong dan 108 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Op Benteng yang dilaksanakan semalam.

“Operasi turut merampas satu bot dan dua kenderaan darat. Selain itu, sebanyak 78 sekatan jalan raya juga dilaksanakan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai sehingga semalam, 27,101 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 69 hotel dan lapat premis termasuk empat Institut Latihan Awam (ILA) di Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan

“Daripada jumlah itu, seramai 10,097 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 69 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 16,935 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka telah pulang dari 32 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” ujarnya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.