Kerajaan Persekutuan mampu pertahan Sabah dari anasir luar

80

11 SEPT: Kerajaan Persekutuan mampu mempertahankan keselamatan negeri Sabah daripada sebarang ancaman anasir luar dengan perancangan rapi sedang dilakukan bagi memperkuatkan lagi benteng pertahanan di negeri ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk menambah anggota dan aset tentera serta menubuhkan lapan kem tentera dan sebuah Skuadron Pasukan Udara Tentera Darat (TD).

Katanya, ini akan dilakukan dengan kadar segera, melibatkan kos berjumlah RM14 bilion bagi mengukuhkan lagi sistem keselamatan di negeri ini.

“Sebuah Briged Infantri, tiga buah Batalion Infantri, sebuah Rejimen Armor, tiga buah Rejimen Artileri serta satu Skuadron Pasukan Udara TD akan ditubuhkan, bagi memperkuat dan mempertahankan Sabah daripada sebarang ancaman.

“Semoga rakyat Sabah yakin dengan Tentera Darat Malaysia menjaga keselamatan mereka”, katanya kepada pemberita selepas melawat 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Kinabatangan, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan sentiasa memberi fokus kepada kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah, yang merupakan kawasan yang perlu dipertahankan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.