Harga petrol, diesel turun

58

11 SEPT: : Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen bermula 12.01 tengah malam ini, sehingga 18 September ini.

Harga runcit diesel pula turun sebanyak enam sen seliter iaitu daripada RM1.78 seliter kepada RM1.72 seliter.

Dengan pengumuman ini, RON95 turun daripada RM1.71 seliter kepada RM1.66 seliter, manakala RON97 turun lima sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM1.96 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.