Hamid janji BN menang besar di Balung

289

11 SEPT: Bekas Bendahari UMNO Bahagian Tawau, Hamid @Hamild Awang, 65, komited untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di kawasan di Tawau selepas beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Beliau yang pernah mengumumkan keluar dari UMNO selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, nyata gembira kerana dipilih oleh Pengerusi BN Sabah dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Berikutan itu sebagai balasannya, Hamid berjanji untuk bekerja keras bagi memastikan BN meraih kemenangan besar dan kembali menerajui Sabah.

“Saya bersyukur dan amat berterima kepada Datuk Seri Bung kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi calon BN di DUN Balung dan saya akan membalasnya dengan memastikan BN meraih kemenangan bergaya bukan hanya di kerusi ini, malah di seluruh Sabah.

“Saya juga berjanji akan membawa lebih banyak pembangunan sosioekonomi dan membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di sini sekiranya dipilih oleh pengundi untuk menjadi wakil rakyat di DUN Balung nanti,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.