Warisan tanding 46 kerusi, PKR hanya dapat tujuh

337

10 SEPT: Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking antara 46 calon Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pemilihan dua bekas anggota Kabinet Persekutuan ketika era Pakatan Harapan (PH) itu diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebentar tadi.

Mohamaddin Ketapi

Daripada jumlah itu, Warisan akan bertanding sebanyak 46 kerusi pada PRN Sabah Ke-16 ini. DAP pula akan meletakkan calon di tujuh kerusi manakala Parti Amanah Nasional (Amanah), satu.

Sekutu Warisan, Parti Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang akan bertanding menggunakan logi sendiri pula diberi 12 kerusi.

Majlis pengumuman calon untuk Warisan dan parti yang menggunakan logi parti itu berlangung di Sabah International Convention Centre (SICC) sebentar tadi.

Darell Leiking

Mohd Shafie pada PRN ini akan mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.

Kesemua 54 calon itu akan bertanding menggunakan logo Warisan manakala dua lagi komponen Warisan dan PH Plus iaitu UPKO dan PKR bakal bertanding menggunakan logo sendiri.

Senarai calon UPKO dan PKR akan diumumkan nanti. Keseluruhannya terdapat 73 kerusi yang akan dipertandingkan pada PRN Sabah Ke-16 ini.

Ini menjadikan tinggal hanya tujuh kerusi untuk PKR. Situasi ini menimbulkan tanda tanya kemungkinan wujud perebutan antara Warisan Plus kerasa PKR sendiri semalam mengumumkan akan meletakkan 14 calon.

Malah desas-desus politik menyatakan ketidakhadiran penyokong PKR pada majlis itu menguatkan lagi andaian bahawa ada perkara belum selesai di antara mereka.

Bagaimanapun, terdapat ahli parti tersebut yang hadir tanpa mengenakan baju PKR, antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Semalam, PKR mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi DUN dan Ketua penerangan majlis pimpinan negeri (MPN) PKR Sabah, Simsudin Sidek berkata, peningkatan daripada lapan kerusi ditandingi sebelum ini munasabah seiring penambahan kerusi DUN di Sabah. 

Sementara itu, Mohd Shafie dalam majlis itu berkata, keutamaan yang lebih ditekankan dalam pilihan raya ini ialah peluang untuk menang berbanding isu maruah sesebuah parti yang dikatakan digambarkan menerusi jumlah kerusi yang ditandingi.

Katanya hal itulah yang dinyatakan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Presiden PKR merangkap ketua pembangkang di parlimen itu berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.

Menjelaskan isu pembahagian kerusi bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN), Mohd Shafie berkata sebelum ini dia sudah memberikan banyak kerusi kepada PKR.

Namun katanya PKR hanya berjaya memenangi dua kerusi saja.

“Ini bukan masa untuk kita memberikan kerusi, ini masa untuk kita memenangi pilihan raya.

“Ia bukan soal: ‘Oh, parti kami akan dipandang rendah kalau kami dapat jumlah yang lebih kecil’.

“Bukan soal maruah parti yang jadi keutamaan kita. Maruah untuk kita menang pilihan raya yang lebih penting,” katanya semasa berucap sebelum mengumumkan 54 calon yang akan bertanding di bawah lambang Warisan hari ini.

Berikut senarai penuh calon Warisan Plus:

N01
BANGI
MOHAMMAD BIN MOHAMARIN
WARISAN

N02
BENGKOKA
JUNSIM BIN RUMUNZING
UPKO

N03
PITAS
SH AZMAN BIN SH ALONG
WARISAN

N04
TANJONG KAPOR
CHONG CHEN BIN
WARISAN

N05
MATUNGGONG
PKR

N06
BANDAU
MAJAMIS BIN TIMBONG
ARISAN

N07
TANDEK
PADIS BIN MAJINGKIN
UPKO

N08
PINTASAN
MOHD SAFIAN BIN SALUDIN
WARISAN

N09
TEMPASUK
PKR

N10
USUKAN
ABD BAHTRIN @ ABDUL BAKHRIN BIN MOHD YUSOF
WARISAN

N11
KADAMAIAN
DATUK EWON BENEDICK
UPKO

N12
SULAMAN
DATUK ALIASGAR BIN BASRI
WARISAN

N13
PANTAI DALIT
[email protected] BIN SIJIM
WARISAN

N14
TAMPARULI
PKR

N15
KIULU
DATUK SERI PANGLIMA MADIUS BIN TANGAU @ WILFRED MADIUS TANGAU
UPKO

N16
KARAMBUNAI
AHMAD JAIS BIN OTONG
WARISAN

N17
DARAU
AZHAR BIN MATUSIN
WARISAN

N18
INANAM
PKR

N19
LIKAS
TAN LEE FATT
DAP

N20
API-API
PKR

N21
LUYANG
PHOONG JIN ZHE
DAP

N22
TANJUNG ARU
WONG HONG JUN @ DATUK JUNZ WONG
WARISAN

N23
PETAGAS
AWANG AHMAD SHAH
WARISAN

N24
TANJUNG KERAMAT
ROSDAY @ ROSDY BIN WASLI
AMANAH

N25
KAPAYAN
JANNIE LASIMBANG
DAP

N26
MOYOG
IGNATIUS DORELL LEIKING @ DATUK DARREL LEIKING
WARISAN

N27
LIMBAHAU
DATUK JUIL NUATIM
WARISAN

N28
KAWANG
HJ MUSLI BIN HJ SAPAN @ MUSHAFIEN
WARISAN

N29
PANTAI MANIS
DATUK IR YAHIYA AWANG KAHAR
WARISAN

N30
BONGAWAN
DR DAUD BIN YUSOF
WARISAN

N31
MEMBAKUT
DR MOHD JAMARUDIN BIN ABD HAMID
WARISAN

N32
KLIAS
PKR

N33
KUALA PENYU
NELSON W ANGANG
UPKO

N34
LUMADAN
AG KU ZAIDI BIN PG WAHAB
WARISAN

N35
SINDUMIN
DATUK DR YUSOF @ JOSREE BIN YACOB
WARISAN

N36
KUNDASANG
SIRIMAN @ MOHD FAZID BASIR
WARISAN

N37
KARANAAN
AWASI GANIE @ YASIN BIN ABDUL GHANI
WARISAN

N38
PAGINATAN
GEORGINA L GEORGE
UPKO

N39
TAMBUNAN
DATUK DR. NAYAN BIN YAMBU @ LAURENTIUS
UPKO

N40
BINGKOR
ODOM @ PETER DHOMS BIN SAILI @ SOILI
DAP

N41
LIAWAN
RASININ BIN KOUTIS @ KAUTIS
WARISAN

N42
MELALAP
DATUK PETER ANTHONY
WARISAN

N43
KEMABONG
DATUK DR LUCAS BIN UMBUL
UPKO

N44
TULID
MUDI BIN DUBING
WARISAN

N45
SOOK
PKR

N46
NABAWAN
ALBERT BIN AGUIR
UPKO

N47
TELUPID
FELIX JOSEPH SITIN
UPKO

N48
SUGUT
NORSABRINA BINTI JAPAR

WARISAN

N49
LABUK
DENNIS TWEENING RANTAU
UPKO

N50
GUM-GUM
ARUNARNSIN BIN TAIB
WARISAN

N51
SG MANILA
DR MAHMUD HAJI SUDIN
WARISAN

N52
SUNGAI SIBUGA
DATUK ARMANI MAHIRUDDIN
WARISAN

N53
SEKONG
ALIAS BIN HAJI SANI
WARISAN

N54
KARAMUNTING
WIEW VUN ZIN @ GEORGE HIEW
WARISAN

N55
ELOPURA
CHONG KET KIUN
DAP

N56
TANJONG PAPAT
POON MING FUNG @ FRANKIE POON
DAP

N57
KUAMUT
BENSON BIN INGGAM
UPKO

N58
LAMAG
MOHD ISMAIL HAJI AYOB
WARISAN

N59
SUKAU
AMRAH BIN LIWANGSA
WARISAN

N60
TUNGKU
ASSAFFAL @ SAMSUL KAMAL BIN P ALIAN
WARISAN

N61
SEGAMA
DATUK MOHAMADDIN BIN KETAPI
WARISAN

N62
SILAM
HJ DUMI HJ PG MASDAL
WARISAN

N63
KUNAK
NORAZLINAH BINTI ARIF
WARISAN

N64
SULABAYAN
DATUK DR JAUJAN SAMBAKONG
WARISAN

N65
SENALLANG
DATUK SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE BIN APDAL
WARISAN

N66
BUGAYA
MANIS BUKA BINTI MOHD DARAH
WARISAN

N67
BALUNG
ANDI RUS DIANA BTE ANDI PALADJARENG
WARISAN

N68
APAS
DATUK AMRULLAH BIN KAMAL
WARISAN

N69
SRI TANJONG
JUSTIN WONG YUNG BIN
DAP

N70
KUKUSAN
RINA BINTI JAINAL
WARISAN

N71
TANJUNG BATU
MOHD ASFAR BIN ABDUL LATIF
WARISAN

N72
MEROTAI
SARIFUDDIN BIN HATA
WARISAN

N73
SEBATIK
HASSAN A GANI PG AMIR
WARISAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.