Pemandu teksi ditahan sebab rakam gambar wanita

61

10 SEPT: Polis Riyadh menahan seorang pemandu teksi baru-baru ini atas dakwaan merakam gambar seorang penumpang wanita tanpa mendapat kebenarannya terlebih dulu.

Memetik laporan agensi berita Saudi, perbuatan itu merupakan satu kesalahan undang-undang di negara berkenaan.

Jurucakap Polis Riyadh, Mejar Khaled Al-Kridis berkata, lelaki warga Pakistan berusia sekitar 60-an itu ditahan di bawah undang-undang pencegahan jenayah siber.

“Selain kesalahan merakamkan gambar penumpang itu secara rahsia, dia turut didakwa kerana menyebarkannya di media sosial,” katana.

Beliau menambah, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya Arab Saudi untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, perkembangan teknologi telefon bimbit yang dilengkapi dengan kamera canggih memudahkan rakaman gambar secara spontan sekali gus menjadi punca masalah itu.

Kebanyakan gambar disimpan sendiri, namun ada yang memuat naik dalam laman sosial dan tidak semua yang terbabit itu merelakan gambar mereka dirakam. apatah lagi dikongsi tanpa kebenaran.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa perbuatan merakamkan gambar tanpa kebenaran menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh dihukum penjara setahun dan didenda 500,000 riyal (RM556,000).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.