Dibelasah sebab ayam goreng, tiga pelajar ditahan

176

9 SEPT: Ketiga-tiga pelajar yang menyerang seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1, Tanah Merah gara-gara tidak menunaikan ‘janji’ mahu belanja makan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah ditahan polis.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 13 tahun dikatakan berada di dalam bilik asrama sekolah berkenaan sebelum dipukul tiga lagi pelajar tingkatan lima sekolah sama.

Rakaman video insiden itu yang berdurasi 25 saat turut tular di media sosial.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, ketiga-tiga pelajar itu telah dibawa ke balai polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506/ 323 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah menerima satu laporan daripada mangsa.

“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukul mangsa kerana berang mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga suspek dengan gurauan hendak belanja KFC.

“Mangsa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.